Pengalaman dalam melalui satu kehidupan dari satu zaman ke zaman dan melihat kehidupan dari pelbagai sudut. Dan melihat perjalanan hidup ini sebenarnya memerlukan perancangan hidup yang cukup terancang supaya gelora yang melandakan akan dapat ditangani dengan bijaksana.
Monday, 2 November 2015
Kata Pengantar
Kenaikan harga barang dan perkhidmatan hari ini kian hari menghimpit kehidupan dan keupayaan berbelanja khususnya di kalangan golongan miskin dan kelas menengah. Hal ini ditambah dengan taraf pendapatan yang terbatas dan tidak selari dengan peningkatan dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Ini menyebabkan keupayaan menabung di kalangan rakyat semakin luntur disebabkan kos kehidupan yang tidak terkawal. Insyaallah saya mengambil sedikit peluang berkongsi ilmu dan memberi kesedaran bersama semua lapisan masyarakat. Semoga ia memberi impak dan kesedaran dalam kehidupan kita sehari-hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment